| Harakahdaily, | 16 Jan 2013 |
Saya diarahkan untuk merujuk kepada laporan New Straits Times pada 15 Januari 2013 di muka hadapan yang membawa tajuk ‘NIK AZIZ MAKES U-TURN ON ‘ALLAH’ berkaitan dengan isu kalimah Allah yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Syura Ulama PAS Pusat pada 13 Januari 2013. Sebagaimana yang telah dimaklumi bersama, Mesyuarat Syura Ulama pada tarikh tersebut telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju kalimah Allah digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.
Amat dikesali apabila New Straits Times di dalam laporannya pada 15 Januari 2013 tersebut membawa pemberitaan yang salah dan boleh mengelirukan apabila membawa tajuk tersebut. Begitu juga dengan Utusan Malaysia hari ini yang juga menggunakan perkataan ‘u-turn’ apabila merujuk kepada pendirian YAB Al-Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura di dalam isu ini.
Suka untuk diingatkan bahawa tidak ada sebarang pusingan ‘u-turn’ khususnya yang melibatkan Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah ini. Ini dapat dilihat di dalam kenyataan awal beliau sebelum mesyuarat syura berlangsung bahawa non muslim perlu diberikan ruang untuk menggunakan kalimah Allah. Ini selaras dengan firman Allah SWT (yang bermaksud):” Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)…” -Surah al-Ankabut, ayat 63.
Ayat ini jelas mendatangkan isyarat daripada Allah SWT bahawa ada di kalangan non muslim yang menyebut nama Allah SWT sebagai Pencipta Langit dan Bumi dan ia tidak ditegah. Inilah yang menjadi pegangan YAB Tuan Guru dan beliau konsisten dengan pegangan ini. Dalam erti kata lain, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup ruang golongan non Muslim untuk menyebut nama Allah SWT dan merujuk nama tersebut sebagai Tuhan Semesta Alam dalam urusan seharian mereka.
Namun demikian, dalam isu terjemahan perkataan GOD daripada bahasa Inggeris kepada perkataan ALLAH dalam kitab Bible berbahasa Melayu, beliau sudah membuat penegasan awal bahawa isu ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura yang akan berlangsung pada 13 Januari 2013. Majlis Syura atas sifatnya sebagai badan tertinggi parti akan melihat dari semua aspek pro dan kontra berasaskan nas-nas al-Quran dan Hadis untuk membuat keputusan berkaitan isu ini.
Sikap YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am ini dapat dilihat dengan jelas melalui laporan berikut:
Selengkapnya
0 komentar:
Posting Komentar