
JOHOR BAHRU – Kastam Johor memungut tinjauan sebanyak RM1.174 bilion sehingga Ogos tahun ini berbanding RM1.115 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata peningkatan lima peratus itu menjadikan Kastam Johor sebagai pemungut tinjauan tertinggi berbanding Kastam di negeri-negeri lain.
“Pungutan tinjauan oleh Kastam Johor sehingga Ogos tahun ini sudah melebihi 0.6 peratus daripada sasaran RM1.166 bilion,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Kastam Johor di sini hari ini.
Jumlah pungutan tersebut katanya telah mencapai 68.54 peratus daripada sasaran keseluruhan pungutan tinjauan yang diunjurkan oleh Kastam Johor tahun ini sebanyak RM1.761 bilion.
Hasil kutipan cukai itu menerusi duti eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan tempatan, cukai jualan import, duti eksais barang import dan duti import, katanya.
Ahmad juga berkata sepanjang tempoh Januari-Ogos tahun ini, Kastam Johor berjaya mematahkan 469 kes penyeludupan berbanding 481 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Kes-kes penyeludupan sepanjang tahun ini melibatkan nilai dagangan sebanyak RM52.58 juta, dengan cukai terkumpul sebanyak RM48.22 juta.
Barangan yang dirampas termasuk dadah, rokok, minuman keras, mercun dan kenderaan, katanya.
Beliau berkata Johor mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan laluan pintu masuk yang pelbagai.
Bagi memastikan jenayah penyeludupan dapat dibendung dan dikekang, kerajaan telah melengkapkan infrastruktur di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail, menerusi pemasangan mesin pengimbas tahun lepas.
Beliau juga berkata Kastam telah merangka penubuhan unit baharu dikenali Kastam Pengurusan Sempadan bagi mengawal pintu-pintu masuk ke Malaysia, khususnya di pintu masuk di Bangunan Sultan Ismail dan KIK Gelang Patah. – BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar